5
langkah
untuk mencapai kebahagiaan
Adakah
anda tahu apakah definisi kebahagiaan? Bagi saya, ia adalah
keadaan yang tenang, bebas daripada kecemasan dan bebas daripada
gangguan
emosi. Ini adalah definisi asas yang ringkas.
Oleh
yang demikian, untuk mencapai kebahagiaan, anda perlu mencapai
ketenangan, keamanan dan emosi yang stabil. Bagaimana kita boleh
mencapai semua
itu? Baiklah, mari kita lihat orang yang dalam keadaan bahagia. Mereka
sentiasa
nampak seimbang, sibuk tetapi tidak pernah tertekan.
Salah
satu sifat umum bagi orang yang bahagia ini adalah mereka
mempunyai kekuatan diri. Apakah maksud kekuatan diri?
Orang
yang mempunyai kekuatan diri adalah orang yang terima diri mereka,
kesalahan mereka dan semua yang ada pada diri mereka. Ia tidak bermakna
yang
mereka tidak berminat untuk memperbaiki diri mereka, namun mereka
memilih untuk
hidup dalam keadaan itu dan itulah letaknya kebahagiaan.
Mereka
kenal diri mereka. Mengenali diri anda adalah mengetahui apakah
kepercayaan utama anda, apakah nilai anda, apakah kesukaan anda, apakah
yang
anda tidak suka dan apakah minat anda.
Orang
yang bahagia tidak menjangkakan masalah harian mereka. Mereka
tidak mempunyai serangan panik atau menjangka berita buruk. Kehidupan
tidak
selalunya tenang dan tidak selalunya bergelora, namun ia ada pasang
surutnya,
yang mana ia boleh dijangka sebagai sebahagian kehidupan ini. Orang
bahagia
faham akan situasi ini.
Kebahagiaan
bukan kerana wang, harta atau ego. Ia juga bukan tentang
kuasa, kemuliaan atau kemasyhuran. Ia adalah perasaan tenang dan riang,
yang
mana datang kepada kita.
Untuk
mencapai kebahagiaan, sila ikut 5 langkah ini:
1.
Terima
dan redha tentang keadaan anda sekarang.
Bukan bila anda sudah berjaya dan sebagainya, tetapi keadaan sekarang.
Jagalah
diri anda sebaik mungkin dengan kasih sayang dan hormat.
2.
Ambil
tindakan. Sekarang, tuliskan beberapa idea,
matlamat, impian dan ambil satu tindakan dan laksanakannya. Tidak kira
betapa
kecil tindakan itu. Dengan melakukannya setiap hari, ia akan melepaskan
anda
daripada perasaan buntu dengan segera.
3.
Fikirkan
tentang apa yang anda syukur setiap hari.
Apabila anda bersyukur, minda anda dalam keadaan bahagia.
4.
Berikan
kasih sayang. Tunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang betapa
pentingnya
mereka pada anda. Katakan yang anda sayang mereka.
5.
Berikan
bantuan. Ini adalah sangat penting. Lakukan sesuatu untuk membantu
orang lain
seperti memberi perkhidmatan secara sukarela. Tiada apa yang boleh
membawa
kegembiraan daripada membantu orang lain yang memerlukan.
Jika
anda ikhlas mencari
kebahagiaan, bertindaklah sekarang. Mulakan dengan melaksanakan 5
langkah
penting di atas dan anda akan terkejut, anda akan hadapi kehidupan yang
lebih
baik. InsyaAllah…
|