Bagaimana
Menggunakan Pemikiran
Positif dan Hukum Tarikan
Hukum
Tarikan berada di sudut asas pemikiran positif. Ia adalah salah satu
sebab
mengapa orang yang berfikiran positif menjadi lebih baik. Ia boleh juga
diterangkan sebagai:
“Anda
adalah apa yang anda fikirkan. Anda menarik apa yang anda fikir;
kehidupan anda
adalah hasil daripada pemikiran dan kepercayaan anda. Tiada apa yang
boleh
mengubah fakta ini. Untuk mengubah kehidupan anda, hanya satu cara
sahaja iaitu
dengan mengubah pemikiran anda. Apa sahaja yang anda tumpukan kepada
suatu
pemikiran dalam minda anda dengan konsisten, ianya akan muncul dalam
dunia
fizikal anda”
Mengapa
ini berlaku?
Satu
persoalan yang bagus dan terdapat beberapa teori, tetapi ia adalah
hukum dan
sentiasa bertindak, jadi anda boleh menggunakannya samada anda faham
mengapa ia
boleh berlaku ataupun tidak.
Fikirkan
tentang kehidupan anda sendiri sekarang. Apakah pemikiran yang anda
tumpukan
dalam minda anda dengan konsisten dan fikirlah tentangnya selalu.
Adakah anda
berfikiran seperti berikut:
“Saya
benci kerja saya sekarang. Sangat letih dan tertekan”
“Saya
rasa macam nak demam”
“Saya
tidak pernah ada duit lebih untuk belanja keluarga dan kawan-kawan”
Saya
harap ia adalah jelas untuk melihat bahawa pemikiran seperti di atas
akan
menarik situasi sama yang negatif ke dalam kehidupan anda. Yang
pastinya adalah
jika anda benci terhadap pekerjaan anda, maka anda tidak akan melihat
peluang-peluang positif yang datang kepada anda. Jika anda telah
menetapkan
kepercayaan yang mana tiada yang baik datang melalui pekerjaan anda,
maka anda
sememangnya tidak akan nampak potensi peluang positif datang kepada
anda dan
hanya kemungkinan yang negatif sahaja yang datang.
Pemikiran
negatif ini membuatkan ramai orang terkunci kepada gaya hidup dan
situasi
tertentu. Mereka fikir mereka tidak boleh terlepas daripada situasi
itu…jadi
mereka tidak akan berubah.
Bagaimana
kita boleh mengatasinya?
Baiklah,
ambil masa beberapa ketika untuk duduk dan perhatikan
pemikiran-pemikiran anda.
Adakah anda mencipta pemikiran anda? Tidak, saya tidak fikir begitu,
tetapi dah
tentu anda mempunyai pemikiran. Adakah anda membuat keputusan tentang
apakah
pemikiran-pemikiran yang datang dalam minda anda? Lagi sekali, saya
tidak fikir
begitu, ia adalah seperti aliran yang konsisten yang mengalir melalui
minda
anda secara berterusan. Nampaknya kita hanya bergantung kepada
pemikiran-pemikiran yang kita pilih sahaja.
Dengan
itu, apakah pemikiran-pemikiran yang anda rasa kita patut fikir?
Pemikiran yang
baik atau pemikiran yang tidak baik? Sudah tentu
pemikiran yang baik/positif. Jika pemikiran negatif datang dalam minda
anda
secara sedar, biarkan ia dan gantikan dengan pemikiran positif, jika
ada
pemikiran negatif lain datang, lakukan dengan cara sama. Anda akan
terkejut
bagaimana teknik mudah ini boleh memperbaiki kehidupan anda seperti
anda tidak
akan membenarkan pemikiran negatif mempengaruhi anda.
Saya
harap ia adalah jelas untuk melihat bahawa pemikiran seperti di atas
akan
menarik situasi sama yang negatif ke dalam kehidupan anda. Yang
pastinya adalah
jika anda benci terhadap pekerjaan anda, maka anda tidak akan melihat
peluang-peluang positif yang datang kepada anda. Jika anda telah
menetapkan
kepercayaan yang mana tiada yang baik datang melalui pekerjaan anda,
maka anda
sememangnya tidak akan nampak potensi peluang positif datang kepada
anda dan
hanya kemungkinan yang negatif sahaja yang datang.
Pemikiran
negatif ini membuatkan ramai orang terkunci kepada gaya hidup dan
situasi
tertentu. Mereka fikir mereka tidak boleh terlepas daripada situasi
itu…jadi
mereka tidak akan berubah.
Buatlah
keputusan dan sekarang anda menguasai pemikiran-pemikiran anda, yang
mana anda
putuskan apakah pemikiran-pemikiran yang anda sedang fikirkan…bukan
yang
dipengaruhi daripada luar…bukan rakan-rakan anda, rakan sekerja atau
sesiapa
sahaja…anda sekarang menguasai pemikiran anda dan juga kehidupan anda!
Pemikiran
menarik pemikiran yang sama. Dengan ini, jika anda berfikiran positif
tentang
sesuatu, maka pemikiran positif lain akan hadir. Apabila anda mula
putuskan
untuk berfikiran positif, maka ia akan menjadi tabiat. Anda akan mula
memilih
pemikiran-pemikiran positif. Ia akan menjadi tabiat semulajadi bagi
anda.
Ini
adalah bagaimana orang tertentu selalunya bersikap optimis. Apabila
anda dah
masuk kepada kitaran berfikiran positif, maka pemikiran-pemikiran itu
menarik
realiti positif ke dalam dunia fizikal anda.
Anda
harus ingat…
Anda
harus berfikir pemikiran tertentu dengan konsisten untuk mencapai
realiti
kehidupan anda, ianya tidak terus berlaku dengan tiba-tiba. Ia
bergantung
kepada apakah realiti itu. Anda mesti berfikiran positif dan anda mesti
pastikan yang ianya sudah berlaku dengan penuh keyakinan. Melalui
pemikiran
positif ini, lambat-laun ia akan menjadi realiti dalam kehidupan anda.
Ingat..
ANDA menguasai pemikiran-pemikiran anda…bukan orang lain! Jadi,
gunakanlah
pemikiran positif dan Hukum Tarikan mulai sekarang…
|