LAMAN UTAMA
     ARTIKEL       
  HUBUNGI KAMI





BAGAIMANA MENARIK KERJAYA IMPIAN

Ramai orang inginkan kerjaya yang lebih baik dan ingin mendapatkan lebih wang. Sama juga seperti anda. Pada hakikatnya, ia tidak begitu sukar untuk menarik kerjaya baru yang lebih baik atau mendapat kenaikan pangkat yang sesuai dengan anda.

Jika anda ingin menarik kerjaya impian anda atau ingin bertukar pekerjaan, berikut adalah tips dan nasihat yang berasaskan Hukum Tarikan yang boleh membantu anda.

1.    Tuliskan apa sahaja yang anda tidak suka tentang pekerjaan anda sekarang. Anda perlukan permulaan dengan mengetahui apa yang anda tidak suka.

2.    Tanya kepada diri anda: Apakah yang anda pentingkan dalam kerjaya anda? Senaraikan 10 perkara atau lebih dan mulakan bertanya mengapa ia adalah penting. Ini adalah penting bagi menarik kerjaya baru anda.

3.    Tuliskan apa sahaja yang anda mahukan dalam kerjaya. Tuliskan dengan jelas, terperinci dan spesifik. Pastikan semuanya adalah positif.

4.    Dapatkan gambar dan perkataan yang mewakilkan hasil/keputusan yang anda inginkan. Gantungkan di mana sahaja yang anda boleh melihatnya setiap hari, seperti di meja kerja, dalam kereta, di komputer dan sebagainya. Jika anda mempunyai banyak keputusan, kumpulkannya bersama-sama dan hasilkan papan visi (vision board).

5.    Beri ruang untuk kerjaya baru anda. Adakah anda menyimpan sesuatu daripada kerja lama anda? Buanglah ia. Bersihkan meja kerja anda. Jika kehidupan anda atau meja kerja anda penuh dan bersepah-sepah, bagaimana kerja baru akan datang untuk mengisi tempat di meja anda atau dalam kehidupan anda?

6.    Tuliskan surat perletakan jawatan. Tulis, sediakan sampul dan bersedia untuk menyerahkannya kepada bos anda. JANGAN hantar jika anda belum mendapat kerjaya impian anda.

7.    Kemaskini resume anda. Adakah resume anda telah sedia? Adakah anda sedang aktif mencari kerja? Adakah anda memberitahu rakan-rakan lain yang anda mencari kerja baru? Bagaimana anda menjangka kerja baru itu mencari anda dan orang lain tidak tahu anda mencari kerja. Mereka mungkin kenal seseorang yang tahu ada peluang kerja.

Mencari kerja baru adalah seperti permainan. Lebih banyak persediaan anda, lebih banyak peluang anda untuk mendapatkannya. Apabila anda inginkan kerjaya impian, anda mesti BERTINDAK, berdasarkan kepada kriteria yang anda telah tetapkan. Anda harus melakukan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu…


 













 Kembali ke Senarai Artikel